Fathul kalam

Friday 25 November 2011

Salam Maal Hijrah

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah Semoga kita semua beroleh keberkatan...
Aku mengaku pejuang agama Allah,
Tapi aku tidak mengikuti Sunnah,
Aku mengaku pembawa Islamiah,
Tapi caraku tak seperti Rasullullah.

Aku mengaku berjuang di jalan Allah,
Tapi aku masih mensia-siakan ibadah,
Aku mengaku ada kesatuan Jemaah,
Tapi selalu menghina menabur fitnah..

Aku mengaku pejuang Jundullah,
Sedangkan akhlakku masih bermasalah,
Aku masih mengamalkan sifat Mazmunah,
Hatiku yang penuh dengan keburukan Ammarah..

Aku mengaku pembawa agama,
Padahal akulah perosak ibadah,
Kalaulah aku pembawa Islamiyyah,
Tentulah jiwaku berakhlak Mahmudah..

Aku mengaku tentera Allah,
Padahal akulah pemecah amanah,
Kalaulah ada iman dan taqwa di dada,
Tentulah aku malu kepadaNya..

Ampunkan dosa-dosaku tuhan,
Yang banyak melakukan kesilapan,
Aku mengaku bersalah denganMu tuhan,
Ku harap dosaku diampunkan..

Kerana Engkau Maha Pengampun kepadaku,
Dan juga Maha Penyayang hambaMu,
KepadaMu ku berserah diri,
Ku harapkan keredhaanMu..

Ya Allah bimbinglah diriku ini
Kejalan yang engkau redhai Ilahi,
Agar aku selamat di duniawi,
Untuk menuju akhirat yang kekal abadi..

OH TUHAN BIMBINGLAH Ana

Sunday 6 November 2011

Assalamualaikum… 
Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun..


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa machine gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “ Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ini”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan menuruti jemaah yg lain….

Macammana?? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa machine-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa sangat katanya.

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama, Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling mustahil sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah…. X perlu minta izin..moga bermnfaat kpd semua..