Fathul kalam

Friday 27 January 2012

pENA bUAT aBAH


Abah ...
Aku Akui Yang Aku Kurang Bercakap Denganmu
Aku Akui Hubungan Kita Ibarat Raja Dengan Rakyat
Untuk Bertepuk Tampar Itu Jauh Sekali
Mungkin Itu Caramu Untuk Mendidik Aku
Aku Akui Kadang Kala Tindak Tanduk Ku
Seolah Olah Mencabar Kewibawaan Dirimu
Namun Jauh Di Sudut Hati Ingin Aku Memelukmu
Namun Aku Takut, Aku Kekok , Aku Tak Sanggup
Aku Makan Bersama Dengan Mu Hanya Ala Kadar
Demi Menjaga Hati Emak Yang Memahami Aku
Namun Ku Sentiasa Mendokan Kepada Tuhan
Agar Ku Bisa Mengucup Dahimu Buat Kali Terakhir
Kerana Aku Ingin Merasai Kemanisan Menyayangimu
Sepertimana Sering Ku Kucupi Dahi Emak Ku & Isterimu

Kita Adalah JANTUNG Yang Amat BERHARGA Pada Orang Tua Kita
Orang Tua Kita Akan RISAU Sekiranya Jantung Ini DIRACUNI Anasir Luar
Namun Kerana Cinta Nafsu, Manusia SANGGUP Membunuh Perasaan
Dan Menganggap Orang Tuanya Ibarat Tong Sampah Di Jalanan

Wahai Manusia , Adakah Kau Lupa Dengan Kalam Tuhan Mu ???

“ Dan Kami Telah Memerintahkan Manusia Supaya Berbuat Baik & berbakti kepada Kedua Ibu Bapanya … ”

(Al-Ankabut ayat 8 )

Ya Allah ...Sekiranya Di Hitung Dengan Jari jemariku , Sememangnya Boleh Menyebabkan Jariku Patah . Sesungguhnya Setiap Patah Perkataanku Selama Ini Menyebabkan Hati Mereka Patah & Menitis Air Mata. Ya Allah Kau Kasihanilah Ibu Bapaku Sepertimana Kasihnya Mereka Kepadaku.....Moga Diperkenankan Ya Allah



- Aku Merinduimu 

kata yang membuatkn kita sebak

Akhir zaman sekarang ney mcm2 berlaku kn,,,salah satu pesanan yang ingin ana kogsi pada malam ini ialah,,,hakikat kehidupan antara ayah ibu dan anak ,,,bnde ney pown ana ambil drpade sahabat ana,,,harap bagi yang telah mmbace ambil iktibar,,,


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir2lah

Thursday 26 January 2012

cinta kepada bunga akan layu,,,,
cinta kpada manusia akan mati,,,
cinta kpada Allah kekal abadi,,,

cinta kepada bunga kemungkinan bunga itu akan layu pada bile2 mase sahaja,walaupun ia dijaga dengan begitu rapi sekalipun ia tetap akan layu,layunya bunga itu tudak akan subur kembali seperti sdia kala,,,

cinta kepada manusia akan menghadapi pelbagai halangan y telah Allah tetapkan sejak azali lagi,contohnya manusia akan sakit,sakit manusia ade kemungkinan boleh pulih seperti sedia kala,ada juga penyakitya tidak dapatdiubati atau lambat diubati,sudah pasti seseorang itu akan rebah menemui ilahi kecuali Allah tidak mengizinkan dia pergi,apa2 y berlaku setiap y hidup pasti akan mati.

cinta kepada Allah adalah sebenar-benar cinta y abadi y tidak akan ada akhirnya sehingga ke Alam lain,kerana dialah pencipta kita y agung,padanya kita menyembah,padanya kita mohon pertolongan,padanya juga kitameminta jalan y lurus supaya kita tidak memilih jalan y salah dan song sang,dengan ada dia mencipta kita kita berhak taat kepadanya dan sentiasa melakukan apa y di peritahkannya

Surat Berantai-Apakah Hukumnya Dalam Islam.



Salam.. Hari ini aq ada satu persoalan yang aq akan share dengan antum.. Banyak kali aq fikir nak cari pasal hal ni.. Tapi asyik lupa je.. Btw, alang-alang aq da cari ni, biarlah aq share ngan antum.. Artikel ini  aq petik dari  http://hafeezafauzi.blogspot.com


Surat Berantai-Apakah Hukumnya Dalam Islam.


Soalan 1 
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan 
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2 
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya 
disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau 
niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu 
perkara yang burukApakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan
kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
risalah ini.


Jawapan 

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat 
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah ( s.a.w) dalam mimpi dan 
memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah 
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" 
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun 
selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan 
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara 
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat
iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak,
alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan
aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi 
yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu 
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik 
yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada 
cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apamaksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan
pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk
menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang
menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu
saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan
hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah
menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat
menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita
teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan
melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan
aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman
kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang 
percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana 
seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan 
mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu
Dari Penerangan diatas 
jelaslah mempercayai surat wasiattersebut adalah haram . 


Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD 

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh 
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA 
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini 
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik 
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya 
Mohamed Elias Skanbeg). 

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di 
Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal 
dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun . 

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga 
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 
1881 hingga 1979. 

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque 
Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), 
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy 
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi 
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed 
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi 
(1967-meninggal dunia 1979). 

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi
Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".


( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978,
menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah
kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil
8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang
besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada
umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara
syirik dan khurafat.


Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan 
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim" .

Rahsie Solat

Setiap perbuatan daam islam ade rahasianye,,so hari ney ana nk kongsikn serbe sedikit rahasia solat,,,




Rahsia Solat::
1-niat--> memelihara taubat dunia dan akhirat
2-berdiri betul --> dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3-takbir ratul ihram-->pelita menerangi kubur kita
4-fatihah--> pakaian yg indah di dalam kubur
5-ruqu'-->sebagai tikar di dalam kubur
6-iqtidal-->memberi minuman dari telaga al kautsar di dlm kubur
7-sujud-->memagar kita semasa meniti titian siratal mustakim
8-duduk antara 2 sujud-->Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9-duduk antara dua sujud (akhir)-->Menjadi kenderaan ktika kita dipadang Mahsyar
10-tahyiat akhir-->penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11-selawat nabi--> Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12-salam-->Memelihara kita di dalam kubur.
13-terib--> Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

perkongsian ilmu:: selamat beramal :)

Monday 23 January 2012

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

InsyaAllah ♥ Aminn Ya Rabbal'alamin :)

mngape wanita sering mnangis

"YA ALLAH .
mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya:

KARANA wanita itu unik.

☑Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa"
☑KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,"
☑KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,"
☑KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,"
☑KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,"
☑KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,"

KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,

walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu karena
☑KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA , KAMU ISTIMEWA""

Friday 20 January 2012

SIApaLAH kITA HeNDAk meNILAi INsaN LaiN


Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...
Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...
Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..
Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !
InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?
Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.
Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam..