Fathul kalam

Friday 27 January 2012

pENA bUAT aBAH


Abah ...
Aku Akui Yang Aku Kurang Bercakap Denganmu
Aku Akui Hubungan Kita Ibarat Raja Dengan Rakyat
Untuk Bertepuk Tampar Itu Jauh Sekali
Mungkin Itu Caramu Untuk Mendidik Aku
Aku Akui Kadang Kala Tindak Tanduk Ku
Seolah Olah Mencabar Kewibawaan Dirimu
Namun Jauh Di Sudut Hati Ingin Aku Memelukmu
Namun Aku Takut, Aku Kekok , Aku Tak Sanggup
Aku Makan Bersama Dengan Mu Hanya Ala Kadar
Demi Menjaga Hati Emak Yang Memahami Aku
Namun Ku Sentiasa Mendokan Kepada Tuhan
Agar Ku Bisa Mengucup Dahimu Buat Kali Terakhir
Kerana Aku Ingin Merasai Kemanisan Menyayangimu
Sepertimana Sering Ku Kucupi Dahi Emak Ku & Isterimu

Kita Adalah JANTUNG Yang Amat BERHARGA Pada Orang Tua Kita
Orang Tua Kita Akan RISAU Sekiranya Jantung Ini DIRACUNI Anasir Luar
Namun Kerana Cinta Nafsu, Manusia SANGGUP Membunuh Perasaan
Dan Menganggap Orang Tuanya Ibarat Tong Sampah Di Jalanan

Wahai Manusia , Adakah Kau Lupa Dengan Kalam Tuhan Mu ???

“ Dan Kami Telah Memerintahkan Manusia Supaya Berbuat Baik & berbakti kepada Kedua Ibu Bapanya … ”

(Al-Ankabut ayat 8 )

Ya Allah ...Sekiranya Di Hitung Dengan Jari jemariku , Sememangnya Boleh Menyebabkan Jariku Patah . Sesungguhnya Setiap Patah Perkataanku Selama Ini Menyebabkan Hati Mereka Patah & Menitis Air Mata. Ya Allah Kau Kasihanilah Ibu Bapaku Sepertimana Kasihnya Mereka Kepadaku.....Moga Diperkenankan Ya Allah



- Aku Merinduimu 

No comments:

Post a Comment