Fathul kalam

Saturday 26 May 2012

~~BINGKISAN BUAT SAHABAT~~



Salamun 'alaik
Wahai sahabatku,
Telah lama kita berkenalan
Walau tidak pernah bersua muka,
kita tetap bersatu dengan nama Islam
kita tetap bersatu sebagai sahabat


Selama ini,
Kau telah banyak menghulurkan bantuan kepadaku
Di saat aku menghadapi rintangan dan duri-duri kehidupan,
kau sedia membantuku
Segala usahamu,amatlah aku hargai


Namun,
Andainya kita terpaksa berpisah,
Ketahuilah,
Biar berapa lama pun waktu memisahkan kita,
Aku tidak akan rela meninggalkan sahabatku
Andainya kita terpaksa berpisah,
Yakinlah wahai sahabatku,
Dengan izinNya,kita pasti kan bertemu lagi
Mungkin di sini,
Atau mungkin di sana nanti


Wahai sahabatku,
Aku tidak ingin,
Aku tidak sanggup
Untuk melupakanmu...
Maka aku akan lakukan apa saja
untuk terus mengingatimu
Aku harap begitulah juga engkau


Wahai sahabatku,
Maafkan aku
Kerana aku tidak bisa menjadi sahabat yang terbaik bagimu
Maafkan aku
Kerana tidak dapat menjadi temanmu dikala kau berseorangan
Maafkan aku
Kerana tidak dapat menghulurkan tanganku di saat kau memerlukan
Maafkan aku
Tika aku melukakan hatimu
Maafkanlah aku,wahai sahabat


Moga kita bisa menjadi insan yang terbaik
Moga kita bisa menjadi Muslimin dan Muslimat yang terbaik
kini,di masa akan datang,sehingga ke syurgaNya
Ingatlah aku di dalam do'amu
Kau sentiasa di dalam do'aku,InsyaAllah


Ayuh sahabatku
Sama-sama kita
Terus berjuang
di medan jihad
di atas jalanNya


Salamun 'alaik

No comments:

Post a Comment